Tuesday, December 28, 2010

BAKSIS ACHEH PART 1

BAKTI SISWA ACHEH 2010

Tarikh : 14- 21 November 2010
Tempat : Banda Acheh, Indonesia
Anjuran : Kelab Penyayang, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ketua Pengarah : Mohd Lutffi Bin Abd Latif


Aktiviti-aktiviti:
  • Melawat kawasan sekitar Banda Acheh dan rumah yayasan
  • Gotong- royong di Rumah Yayasan Sri Al-Ain
  • Ibadah Qurban
  • Program Motivasi Be-Smart (Rumah Yayasan Antar Bangsa & Rumah Yayasan Sri Al-Ain)
  • Perjumpaan dengan pelajar Malaysia di Acheh dan berkunjung ke kawasan zero point Tsunami





15 NOVEMBER 2010:
  • Melawat sekitar Banda Acheh & kawasan bersejarah tsunami
  • Melawat rumah yayasan untuk persediaan aktiviti program motivasi
Yayasan Pembangunan Anak Yatim Antar Bangsa





Rumah Yayasan Sri Al-Ain


Mesjid Raya Baiturrahman


Taman Edukasi Tsunami





PLTD Apung




Kapal Lam Pulo


Acheh Thanks The World, Blang Padang




Replika Tsunami, Blang Padang











Malaysia







Masjid Baiturrahim









16 NOVEMBER 2010:
  • Gotong-royong membersihkan Rumah Yayasan Sri Al-Ain untuk Sambutan Aidil Adha
  • Menghabiskan masa seharian bersama anak-anak di Rumah Yayasan Sri Al-Ain
  • Menyumbang sedikit perkakas dan barang-barang
  • Pada waktu malam, menyaksikan perarakan sempena Aidil Adha di hadapan Mesjid Baiturrahman























perarakan kereta berhias dan penduduk kampung






17 NOVEMBER 2010:
  • Solat Hari raya di Masjid Baiturrahman
  • Ibadah qurban seekor lembu yang diwakilkan kepada kelab oleh beberapa orang pensyarah dan pelajar UKM
  • Berhari raya di Rumah Yayasan Sri Al-Ain dan Yayasan Antar Bangsa
reka hias dalaman Masjid Baiturrahman



selamat hari raya Aidil Adha



pengagihan daging korban







Friday, December 24, 2010

SIRI ADIKKU SAYANG

Adikku sayang siri 1
Tarikh: 29 September 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Nur Saleeda & Aminah

Adik-adik daripada Rumah Nur Hikmah yang selesai UPSR dibawa ke UKM untuk terlibat dalam beberapa modul yang bermanfaat. Seramai 5 orang adik-adik terlibat dan terdapat ahli yang turut hadir sama dalam siri ini. Terdapat dua modul dijalankan iaitu ‘Jauh Perjalanan’ dan ‘Tinta & Kertas’
Selesai modul, moderator akan membincangkan rasional dimana kegigihan dan kesabaran adalah penting dalam menempuhi kehidupan dalam modul ‘Jauh Perjalanan’ dan kerasionalan modul ‘Tinta & Kertas’ pula memberikan peluang kepada adik-adik tersebut mengekspresikan diri melalui penulisan dan keberanian untuk meluahkannya secara terbuka.
















Adikku sayang siri 2
Tarikh: 4 Oktober 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Nurfarahin

Pada siri kedua pula, 6 orang adik-adik dibawa ke Kolej Pendeta Za’ba. Modul yang dilakukan pada hari tersebut ialah ‘Layar Tanpa Suara’ dimana setiap adik-adik diberi beberapa simpulan bahasa dan mereka dikehendaki mengayakan simpulan bahasa tersebut sehingga rakan-rakan lain dapat menekanya dengan betul. Setelah berjaya diteka, pengetahuan ditambah dengan membincangkan tentang makna dan contoh ayat yang berkaitan dengan simpulan bahasa tersebut.
Modul ini memberikan pendedahan kepada mereka supaya menjadi berani di hadapan khalayak dan melatih berkomunikasi terhadap orang lain dengan berkesan. Malah, sikap kompetetif juga dapat diwujudkan.












Adikku sayang siri 3
Tarikh: 5 Oktober 2010
Tempat: Tasik Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM
Moderator: Khairul Farhah

6 orang adik-adik daripada Nur HIkmah dibawa ke tasik UKM untuk melakukan aktiviti ‘Saya Serbaguna’ dimana mereka dikehendaki menyenaraikan sebanyak mana kegunaan setiap benda yang ditunjukkan. Aktiviti ini membantu adik-adik tersebut mengembangkan kreativiti dan membuka minda mereka. Sebelum pulang, mereka dibawa bersiar-siar di sekeliling tasik dan beriadah.




Adikku sayang siri 4
Tarikh: 6 Oktober 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Mohd Fitrah & Jamilah

Siri yang keempat pula melibatkan seramai 5 orang. Adik-adik dipertontonkan dengan video-video dan diminta menyenaraikan pengajaran yang diperolehi daripadanya dan membincangkan tentang pengajaran tersebut bersama-sama. Adik-adik tersebut juga berkongsi tentang cita-cita mereka dan sesi diakhiri dengan riadah di Tasik Kejuruteraan.