Saturday, January 22, 2011

PENGUMUMAN SUKANEKA PENYAYANG 2011

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepad semua..
Kelab Penyayang UKM ingin menjemput ahli-ahli kelab untuk mengikuti program
SUKANEKA PENYAYANG bersama adik-adik Rumah Nur Hikmah

butiran program adalah seperti berikut

tempat: pavilion ukm (bersebelahan pintu masuk KKM)
tarikh: 23 Januari 2011
masa: 9 pagi hingga 12 tgh hari

mari, datang beramai-ramai!!!!
semua ahli kelab dialu-alukan untuk datang =)

Friday, January 14, 2011

PENGUMUMAN PROGRAM JAN & FEB 2011

Salam Penyayang..

Pihak pengurusan kelab penyayang UKM sedang dlm proses menganjurkan beberapa program dlm masa yg terdekat ini..
Program:

1) Sukaneka Penyayang 2011 - 23 Januari 2011
aktitviti sukaneka dan sukan bersama adik2 Nur Hikmah bersama ahli kelab

2) Bengkel Sukarelawan - 12 Februari 2011
Perkongsian ilmu tentang sukarelawan daripada penceramah jemputan

3) Kunjungan Muhibah Penyayang (Muhibah) - 19 Februari 2011
lawatan ke Wisma Penyayang (Yayasan Budi Penyayang Malaysia) dan lawatan dan aktiviti bersama Kelab Penyayang UPM

sebarang maklumat tentang program akan dikemaskini di blog dan diberitahu melalui emel @ sms..
diharapkan dipermudahkan segala urusan program..

TQ..

Sunday, January 9, 2011

Kepimpinan Kelab Penyayang UKM 2010/2011

PENASIHAT I
DR. RUSLIN BIN AMIR

PENASIHAT II
EN. MUHAMMAD FAHMI MIKE ABDULLAH

PRESIDEN
KHAIRUL FARHAH BT KHAIRUDDIN
FPEND/4

NAIB PRESIDEN I
KUMARAN A/L LOGANATHAN
FEP/3

NAIB PRESIDEN II
NURFARAHIN BT SABARAN
FSSK/3

SETIAUSAHA AGUNG
MOHD AFFIQ B MOHD YUSOFF
FPEND/3

TIMBALAN SETIAUSAHA
NOR AMINAH BT ZAHRI
FSSK/2

BENDAHARI KEHORMAT
NURSALEEDA BT SAZALI
FSSK/2

TIMBALAN BENDAHARI
MOHD LUTFFI BIN ABD LATIF
FPEND/3

EXCO AKADEMIK
MUHAMMAD JEFRI B MOHD YUSOF
FKKB/2

R. HANITA A/P RAMACHANDRAN
FUU/2

EXCO PERPADUAN & INTEGRASI
LOGANATHAN A/L RAMASAMY
FEP/2

SITI FARIUS BT SHAMSUDIN
FPEND/2

EXCO HAL EHWAL SISWI & OKU
NUR AZUANI BT BAHARUDIN
FST/2

EXCO SUKAN & REKREASI
MOHD HANIS B ZOLKIPLI
FSSK/2

EXCO PEMASARAN & TUGAS-TUGAS KHAS
MOHD FITRAH B ABDULLAH
FSSK/2

NURUL NADIA BT ZULKEFRI
FST/2

EXCO PUBLISITI & INFORMASI
SIVAYUGASHARMA RAAN
FEP/2

SUHANYA ANNE A/P DEVANATHAN
FSSK/2

EXCO KEBAJIKAN & KEROHANIAN
MOHD ZAIM JUWAIDI B JAMALUDDIN

Saturday, January 8, 2011

Artikel 'Best of Road Trip'

~kisah seorang manusia yang melakukan perkara luar biasa~

Selepas mengubahsuai keretanya dengan memuatkan sebuah ruangan untuk tidur dan berusaha mengumpul wang sebanyak USD 2000, Tyler Kellogg-seorang pelajar universiti berusia 21 tahun memulakan pengembaraannya.

Matlamat Tyler: melakukan kebaikan dan memberikan pertolongan kepada 100 orang yang tidak dia kenali.

Dalam masa 55 hari, Tyler telah membantu 115 orang dan mula menyedari bahawa
'Anda tidak perlu menjadi jutawan untuk menjadi dermawan atau untuk membantu orang lain'.
Anda cuma perlu bertanya,
'Apa yang saya boleh bantu?'

Tyler telah memandu 2600 km dari New York ke Florida dan kemudiannya berpatah balik.
Orang pertama yang dibantu Tyler ialah seorang lelaki yang memerlukan bantuan dengan botnya.
''Pada mulanya, saya rasa gementar ketika saat saya bertanya padanya jika dia memerlukan bantuan. dan kemudian lelaki tersebut membalas
'Boleh bantu saya untuk menolaknya ke tasik?'
Dan saat itu, saya tahu adalah tidak mengapa untuk mendekati orang lain dan membantu individu tersebut.'

Sepanjang perjalanannya, dia pernah membantu seorang polis membaiki penghadang jalan dan pernah membantu meyebarkan beratus-ratus kubik mulsa (sisa tanaman,lembaran plastik atau susunan batu yang disebar di atas tanah)

Malah, sewaktu di Atlanta, dia berjumpa seorang lelaki yang sedang menangis kerana isterinya baru kematian isterinya dan dia tiada sesiapa untuk berkongsi perasaan sedihnya.
Tyler menceritakan,
"Selama 3 jam kami duduk di beranda rumahnya. Ketika saya ingin beredar meneruskan perjalanan, lelaki tersebut mengucapkan,
"Terima Kasih. Saya tahu sekarang, saya perlu bangkit dan meneruskan hidup saya''


Dipetik daripada Reader Digest, Disember 2011.

Monday, January 3, 2011

29 Disember 2010

29 Disember 2010
Rumah Nur Hikmah
  • exco seramai 7 orang melawat Nur Hikmah utk pengagihan pakaian dan alat permainan pemberian pelajar UKM kepada adik2 di sana
  • perbincangan dengan pentadbiran Nur Hikmah utk program akan dtg
  • tanya perkembangan terbaru adik2, keputusan peperiksaan =)