~kisah seorang manusia yang melakukan perkara luar biasa~
Selepas mengubahsuai keretanya dengan memuatkan sebuah ruangan untuk tidur dan berusaha mengumpul wang sebanyak USD 2000, Tyler Kellogg-seorang pelajar universiti berusia 21 tahun memulakan pengembaraannya.
Matlamat Tyler: melakukan kebaikan dan memberikan pertolongan kepada 100 orang yang tidak dia kenali.
Dalam masa 55 hari, Tyler telah membantu 115 orang dan mula menyedari bahawa
'Anda tidak perlu menjadi jutawan untuk menjadi dermawan atau untuk membantu orang lain'.
Anda cuma perlu bertanya,
'Apa yang saya boleh bantu?'
Tyler telah memandu 2600 km dari New York ke Florida dan kemudiannya berpatah balik.
Orang pertama yang dibantu Tyler ialah seorang lelaki yang memerlukan bantuan dengan botnya.
''Pada mulanya, saya rasa gementar ketika saat saya bertanya padanya jika dia memerlukan bantuan. dan kemudian lelaki tersebut membalas
'Boleh bantu saya untuk menolaknya ke tasik?'
Dan saat itu, saya tahu adalah tidak mengapa untuk mendekati orang lain dan membantu individu tersebut.'
Sepanjang perjalanannya, dia pernah membantu seorang polis membaiki penghadang jalan dan pernah membantu meyebarkan beratus-ratus kubik mulsa (sisa tanaman,lembaran plastik atau susunan batu yang disebar di atas tanah)
Malah, sewaktu di Atlanta, dia berjumpa seorang lelaki yang sedang menangis kerana isterinya baru kematian isterinya dan dia tiada sesiapa untuk berkongsi perasaan sedihnya.
Tyler menceritakan,
"Selama 3 jam kami duduk di beranda rumahnya. Ketika saya ingin beredar meneruskan perjalanan, lelaki tersebut mengucapkan,
"Terima Kasih. Saya tahu sekarang, saya perlu bangkit dan meneruskan hidup saya''
Dipetik daripada Reader Digest, Disember 2011.
No comments:
Post a Comment