Saturday, April 26, 2008

LAPORAN PROGRAM PENYAYANG FAUNA ANJURAN KELAB PENYAYANG UKM

Kelab Penyayang Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu program sukarelawan di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor. Terdapat 39 orang pesertayang menyertai program “Penyayang Fauna 2008.” Butiran yang lengkap berkaitan program ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2008

Masa: 8:30 pagi hingga 5:00 petang

Tempat: Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor

Pelbagai aktiviti sukarelawan di bawah pemantauan kakaitangan dan penjaga zoo Zoo Negara telah dilakukan di sana. Para peserta terlah dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan telah diletakkan di bawah penjagaan seorang kakitangan Zoo Negara. Peserta telah dibawa ke tempat penempatan haiwan yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara antaranya ialah kandang tapir, rumah reptilia, kandang harimau dan singa, kawasan savannah dan lain-lain. Tiada sebarang masalah serius berlaku sepanjang program berlangsung. Bahkan semua peserta bersemangat dan teruja menjalankan kerja yang diberikan. Antara kerja yang telah dibuat oleh peserta ialah membersihkan kandang dan tempat mandian haiwan, memberi makan kepada haiwan, penyediaan makanan haiwan, membantu di klinik haiwan dan sebagainya. Lawatan diakhiri dengan jamuan minum petang bersama kakitangan zoo yang terlibat memantau peserta program. Sebelum bertolak meninggalkan meninggalkan Zoo Negara, semua peserta sempat bersalam dengan kakitangan Zoo Negara yang ada di sana dan berasa terharu dengan layanan mesra semua kakitangan di Zoo Negara.


Sedang membersihkan kandang cipan


KP program sedang asyik buat kerja

Tapir mengetahui kehadiran kami

Aksi gelagat peserta yang menjayakan program ini


Bergambar sejenak di bahagian Ular zoo negara

No comments: