Monday, December 21, 2009

PENGUMUMAN KEM MOTIVASI NUR KASIH PENYAYANG (NURI)

PADA 5 HINGGA 7 FEBRUARI AKAN DIADAKAN DI KLEJ PENDETA ZAABA. URUSETIA DIPERLUKAN. SIJIL AKAN DIBERIKAN. SEBARANG PERTANYAAN, HUBUNGI 013-3216188..BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM BOLEHLAH MEMBERIKAN BUTIR-BUTIR DIRI DI NO YANG DISEDIAKAN..

Wednesday, September 9, 2009

LAWATAN MUHIBAH RUMAH DARUL HIKMAH KE PESTA KONVO

PADA 17 OGOS DIJALANKAN LAWATAN MUHIBAH ANAK-ANAK YATIM DARUL HIKMAH KE PESTA KONVOKESYEN UKM. SERAMAI 20 ORANG ANAK YATIM BERSAMA SEORANG PENGIRING HADIR. ADIK-ADIK RUMAH NUR HIKMAH DIBAWA BERJALAN KE PESTA KONVOKESYEN UNTUK MELIHAT AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SITU..PROGRAM BERMULA JAM 8 MALAM SEHINGGA 10 MALAM..


















Tuesday, September 1, 2009

PENGUMUMAN BENGKEL PROTOKOL KELAB PENYAYANG

PADA 6 SEPTEMBER INI AKAN DIJALANKAN
BENGKEL PROTOKOL KELAB PENYAYANG..

MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2009
TEMPAT : BS 7.206, FAKULTI EKONOMI & PERNIAGAAN (BERDEKATAN MAKMAL KOMPUTER 3)
JAM : 8.30 PAGI SEHINGGA 2.00 PETANG..

PAKAIAN ADALAH FORMAL DIMANA LELAKI T-SHIRT BERKOLAR DAN TUCK IN
MANAKALA PEREMPUAN BERBAJU KURUNG..

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR BERIKUT:
017-4229016 @ 013-2931134

Thursday, August 27, 2009

PENGUMUMAN AKTIVITI-AKTIVITI AKAN DATANG

DI RAMADHAN INI,
KELAB PENYAYANG AKAN MELAKUKAN BEBERAPA AKTIVITI..

ANTARANYA..
BENGKEL PROTOKOL (6 SEPT)
LUMINOSITY POTLUCK, INTERAKSI BERSAMA AHLI BARU ( 16 SEPT)

JIKA TERDAPAT PERUBAHAN DAN APA2 PENGUMUMAN AKAN DIBERITAHU KELAK..
KEEP UPDATED ALL..

Monday, August 24, 2009

T-SHIRT PENYAYANG 09/10

Jenis kain :: Lacoste
Logo UKM & logo Kelab Penyayang :: Sulam









Penempahan tshirt boleh dilakukan melalui ketua Exco masing-masing. Bagi pelajar lain yang berminat boleh menempah melalui saudara Ruzaini bin Md Zamri aka rozek..haha di talian 012-4196956 (malam je kalu nak call ea sebab waktu 7 pagi sehingga 7 malam z praktikal di MTDC UPM IDotTV. Harga sehelai RM25 untuk lengan pendek dan RM27 untuk lengan panjang. Tempahan dikira sekiranya anda membayar deposit RM15 sebelum 10 SEPTEMBER 2009 jam 12 tengah malam. Tima kaceh..Sebarang masalah dan persoalan boleh ajukan kepada nombor di atas.

Exco Publisiti Dan Informasi.

Monday, August 17, 2009

LAPORAN PROGRAM BERSAMA RUMAH KAMI

RUMAH KAMI MERUPAKAN RUMAH HASIL PROJEK SOCIETY OF ST VINCENT DE PAUL, MALAYSIA.
TERLETAK KIRA-KIRA 5 MINIT BERJALAN KAKI DARI STESEN KTM KAJANG, RUMAH INI MENEMPATKAN SERAMAI 35 ORANG PENGHUNI YANG BERBANGSA CINA DAN INDIA. TUJUAN KAMI MENGADAKAN PROGRAM INI ADALAH UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI KELAB YANG INGIN BERTEMU DAN BERAMAH MESRA DENGAN MEREKA. MEREKA SANGAT PERIANG DAN MEMBERI KERJASAMA YANG BAIK SEPANJANG PROGRAM..



SEBELUM AKTIVITI BERMULA, SEMUA MAKAN TENGAH HARI DAHULU..UNTUK MEMPEROLEH TENAGA!!!









SELEPAS MAKAN, ADIK-ADIK DARIPADA RUMAH KAMI DIBAHAGIKAN KEPADA DUA ,DIMANA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AKAN MENGIKUTI AKTIVITI YANG LAIN. KESEMUA ADIK-ADIK YANG MASIH DI SEKOLAH RENDAH YANG TERLIBAT DIBAHAGIKAN KEPADA 5 BUAH KUMPULAN. SETIAP ORANG DIMINTA MEMPERKENALKAN DIRI ANTARA SATU SAMA LAIN. SELEPAS ITU, MENCIPTA SORAKAN BAGI SETIAP KUMPULAN.PELBAGAI GELAGAT DAN KELETAH DILIHAT SEMASA SORAKAN!!!





























PERMAINAN JOM MEMAKAN BISKUT!!! MACAM-MACAM GAYA DILAKUKAN UNTUK MENGHABISKANNYA..
ADA YANG MENGHANCURKANNYA SUPAYA MUDAH DITELAN DAN ADA YANG MENYEMBURNYA DI UDARA (TAK TERSENGAJA..HAHA)!!!












BAGI ADIK-ADIK SEKOLAH MENENGAH DI RUMAH KAMI, AKTIVITI BERASINGAN DIJALANKAN ATAS PERMINTAAN TEACHER CAROL (ANTARA PENGURUS RUMAH INI). DALAM AKTIVITI INI, MEREKA BERBINCANG TENTANG CITA-CITA AGAR DAPAT MEMUPUK MINAT BELAJAR HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI..











PERMAINAN BELON BERACUN..RIUH RENDAH SUASANA!!!











ANTARA KENANGAN YANG BERJAYA DIRAKAM!!!

















PROGRAM BERAKHIR DENGAN ACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA WAKIL PIHAK KELUARGA KAMI IAITU MADAM JANET. KEMUDIANNYA DISUSULI DENGAN SESI BERGAMBAR..







SEBELUM MENGUNDUR DIRI, MENYAMPAI PESANAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH.






ANTARA WAJAH-WAJAH KERIANGAN~~












TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PIHAK RUMAH KELUARGA KAMI DAN AHLI KELAB YANG SUDI HADIR DAN BERKORBAN.KAMI PIHAK AJK PELAKSANA MEMOHON MAAFATAS SEGALA KESULITAN YANG DIHADAPI DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IKHLAS DARI HATI.MOGA AKTIVITI YANG BAIK SEPERTI INI DAPAT KITA TERUSKAN.