Monday, August 24, 2009

T-SHIRT PENYAYANG 09/10

Jenis kain :: Lacoste
Logo UKM & logo Kelab Penyayang :: Sulam









Penempahan tshirt boleh dilakukan melalui ketua Exco masing-masing. Bagi pelajar lain yang berminat boleh menempah melalui saudara Ruzaini bin Md Zamri aka rozek..haha di talian 012-4196956 (malam je kalu nak call ea sebab waktu 7 pagi sehingga 7 malam z praktikal di MTDC UPM IDotTV. Harga sehelai RM25 untuk lengan pendek dan RM27 untuk lengan panjang. Tempahan dikira sekiranya anda membayar deposit RM15 sebelum 10 SEPTEMBER 2009 jam 12 tengah malam. Tima kaceh..Sebarang masalah dan persoalan boleh ajukan kepada nombor di atas.

Exco Publisiti Dan Informasi.

4 comments:

KELAB PENYAYANG UKM said...

urm..ada yang ajukan soalan pada Exco Publisiti berkaitan design baju ini. Jadi, saya sertakan soalan dan jawapan mengenai persoalan tersebut.

1. Mengapa memilih warna oren?
jawapan::sebab warna oren melambangkan Kelab Penyayang Universiti Kebangsaan Malaysia. Kita sentiasa berkobar-kobar melaksanakan aktiviti kebajikan walaupun dihimpit pelbagai kesusahan. Bukan senang melaksanakan kebajikan. Warna oren yang dipilih adalah bersesuaian bagi semua jantina.

2. Slogan 'Jom cari pahala'?
Jawapan::ini merupakan trademark kepada penghasilan tshirt ini. Berkonsepkan kebajikan dan sedekah, setiap keuntungan (RM2 setiap helai) akan disalurkan kepada tabung penyayang untuk pelaksanakan aktiviti. Duit tersebut akan digunakan sebaik mungkin untuk penyediaan makanan sukarelawan dari UKM mahupun pihak kebajikan. Bayangkan setiap suapan dari nilai yang anda beri. Tuhan sahaja yang tahu betapa maknanya sumbangan tersebut.

3. Mengapa kedudukan slogan disudut belakang?
Jawapan::bertujuan untuk menggalakkan setiap orang yang melihat dapat membacanya. Sekiranya diletakkan di sudut atas, tulisan tersebut akan dilindungi oleh tudung bagi wanita. Timbul kontroversi sekiranya diletakkan di hadapan. Jadi, slogan tersebut diletakkan di sudut kanan kebiasaan lelaki meletakkan dompet mereka.

4. Mengapa 'pahala'?
Jawapan::Istilah pahala adalah membuat kebajikan dan membuat perbuatan baik. Jadi, istilah pahala boleh digunakan dalam semua agama yang diamalkan di Malaysia.

5. Wajib ke beli?
Jawapan::Digalakkan sebab setiap aktiviti yang dianjurkan mengharapkan keserasian timbul. Apabila wujud kesamaan, maka akan wujudlah keselesaan.

sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian, InsyaAllah. Sebab kami cuba dapatkan baju sebelum cuti raya Aidilfitri. Lagipun, Exco Publisiti sukakan kontroversi..hehe

Anonymous said...

design lengan pjg mcm mana?? kain jnis apa?? cotton or jersy??

rozek said...

kain jenis latoce..
sama je..
untuk makluman, atas pmintaan presiden nama dan kedudukan slogan akan ditukarkan..

ida said...

Jenis kain :: lacoste
Kedua-dua logo pada lengan baju iaitu logo UKM & logo Kelab Penyayang :: sulam