Sunday, April 5, 2009
lawatan tidak rasmi ke rumah darul hikmah
pintu pagar utama rumah darul hikmah
salam penyayang
laporan lawatan tidak rasmi ke rumah anak yatim darul hikmah
3 APRIL 2009
objektif lawatan ini adalah untuk meninjau keadaan rumah dan adik - adik bagi memudahkan perjalanan aktiviti kelab
kami telah pergi ke rumah tersebut pada jam 6.30 ptg (kelewatan adalah kerana kesesakan lalu lintas) dan disambut mesra oleh tuan rumah dan adik-adik di sana.
apa yang kami dapati,
1.rumah darul hikmah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.
2.rumah tersebut perlu di kemas dan dibersihkan.
3.adik - adik di rumah darul hikmah memerlukan bimbingan dari sudut pelajaran.
hasil perbincangan dengan Pn Fatimah mengenai kelas tambahan yang telah dirancang,
1.beliau mencadangkan kelas tersebut diadakan pada isnin-jumaat pd jam 3-5 ptg kerana waktu tersebut merupakan waktu ulangkaji bagi adik-adik.
2.kelas tidak dapat dijalankan pada hujung minggu kerana adik-adik mempunyai jadual yang padat pada hari tersebut.
3.antara subjek yang perlu diberikan perhatian ialah sains,matematik,bahasa inggeris
4.masih terdapat adik yang tidak tahu membaca walaupun sudah berada di tahun 5.
jadi bagi yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar,bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi exco akademik kelab penyayang UKM.kelas akan dimulakan pada semester depan.
*tenaga pengajar tidak tetap.berdasarkan 'siapa free, pergi'
keadaan rumah
bersama adik-adik yang ceria
keje,keje r,posing ttp posing!(ko komen dlm AGM siap ko rozek)
let's join us!!~
~s/u
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment