Wednesday, December 22, 2010

PROGRAM SEM 1 SESI 2010/11 (JULAI & OGOS)

Iftar Ramadhan
Tarikh: 25 Ogos 2010
Tempat: Rumah Nur Hikmah
  • Exco dan beberapa orang ahli melawat rumah Nur Hikmah untuk membincangkan hal-hal pengurusan aktiviti pada masa akan datang sambil meluangkan masa bersama adik-adik di sana.
  • Buka puasa di putrajaya bersama exco dan ahli yang menghadirkan diri.








PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh:4 Ogos 2010
Tempat: Auditorium Siswa, Pusanika
  • Perjumpaan pertama dengan ahli kelab untuk sesi 2010/11
  • Memperkenalkan barisan exco dan MT baru dan aktiviti-aktiviti kelab pada masa akan datang
  • Ahli juga diberikan penerangan dan slideshow tentang rumah angkat kelab iaitu Rumah Nur Hikmah
  • Ahli-ahli baru juga dibahagikan kepada sekretriat exco masing-masing dan sesi suai kenal antara satu sama lain.










PERSIDANGAN KEMUNCAK KELAB PENYAYANG 2010
Tarikh: 23-25 julai 2010
Tempat: ESSET, Bangi
  • Anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia
  • 10 wakil dihantar Kelab Penyayang UKM diketuai oleh Kumaran, Naib Presiden I.
  • Menghimpunkan Kelab Penyayang daripada hampir daripada 20 universiti.
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang di sana : sesi ice-breaking, ceramah kesukarelawanan, pembentangan laporan aktiviti setiap kelab dan majlis penutupan yang turut diikuti oleh bacaan ikrar.
  • Perasmian Penutupan dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah.


wakil Kelab Penyayang UKM









MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR (M3P)
Tarikh: 19 sehingga 23 Julai 2010
Tempat: Pusanika, UKM

  • Anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar , UKM yang mana menyediakan ruang untuk semua kelab dan persatuan pelajar di UKM mempromosikan dan memperkenalkan kelab masing-masing.
  • Bertujuan untuk merekrut pelajar baru untuk kelab dan persatuan.
  • Kesemua kelab dan persatuan pelajar di UKM terlibat sama.
  • Booth pendaftaran dan board tentang aktiviti serta latar belakang kelab dilakukan bagi memudahkan proses pendaftaran dan penerangan aktiviti.
  • Kelab Penyayang berjaya merekrut hampir 120 ahli baru.

:: Farahin ::

No comments: