Adikku sayang siri 1
Tarikh: 29 September 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Nur Saleeda & Aminah
Adik-adik daripada Rumah Nur Hikmah yang selesai UPSR dibawa ke UKM untuk terlibat dalam beberapa modul yang bermanfaat. Seramai 5 orang adik-adik terlibat dan terdapat ahli yang turut hadir sama dalam siri ini. Terdapat dua modul dijalankan iaitu ‘Jauh Perjalanan’ dan ‘Tinta & Kertas’
Selesai modul, moderator akan membincangkan rasional dimana kegigihan dan kesabaran adalah penting dalam menempuhi kehidupan dalam modul ‘Jauh Perjalanan’ dan kerasionalan modul ‘Tinta & Kertas’ pula memberikan peluang kepada adik-adik tersebut mengekspresikan diri melalui penulisan dan keberanian untuk meluahkannya secara terbuka.
Adikku sayang siri 2
Tarikh: 4 Oktober 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Nurfarahin
Pada siri kedua pula, 6 orang adik-adik dibawa ke Kolej Pendeta Za’ba. Modul yang dilakukan pada hari tersebut ialah ‘Layar Tanpa Suara’ dimana setiap adik-adik diberi beberapa simpulan bahasa dan mereka dikehendaki mengayakan simpulan bahasa tersebut sehingga rakan-rakan lain dapat menekanya dengan betul. Setelah berjaya diteka, pengetahuan ditambah dengan membincangkan tentang makna dan contoh ayat yang berkaitan dengan simpulan bahasa tersebut.
Modul ini memberikan pendedahan kepada mereka supaya menjadi berani di hadapan khalayak dan melatih berkomunikasi terhadap orang lain dengan berkesan. Malah, sikap kompetetif juga dapat diwujudkan.
Adikku sayang siri 3
Tarikh: 5 Oktober 2010
Tempat: Tasik Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM
Moderator: Khairul Farhah
6 orang adik-adik daripada Nur HIkmah dibawa ke tasik UKM untuk melakukan aktiviti ‘Saya Serbaguna’ dimana mereka dikehendaki menyenaraikan sebanyak mana kegunaan setiap benda yang ditunjukkan. Aktiviti ini membantu adik-adik tersebut mengembangkan kreativiti dan membuka minda mereka. Sebelum pulang, mereka dibawa bersiar-siar di sekeliling tasik dan beriadah.
Adikku sayang siri 4
Tarikh: 6 Oktober 2010
Tempat: Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Moderator: Mohd Fitrah & Jamilah
Siri yang keempat pula melibatkan seramai 5 orang. Adik-adik dipertontonkan dengan video-video dan diminta menyenaraikan pengajaran yang diperolehi daripadanya dan membincangkan tentang pengajaran tersebut bersama-sama. Adik-adik tersebut juga berkongsi tentang cita-cita mereka dan sesi diakhiri dengan riadah di Tasik Kejuruteraan.
No comments:
Post a Comment