Friday, December 24, 2010

SEHARI DI MELAKA

Tautan Kasih Penyayang UPM, UTeM dan UKM
Tarikh: 2 Oktober 2010
Tempat: Canselori, UTeM

  • Kelab Penyayang UPM menjemput Kelab Penyayang UKM untuk turut serta dalam program ini
  • Seramai 25 orang terdiri daripada ahli kelab dan exco Kelab Penyayang UKM mengikuti program
  • Aktiviti terdiri daripada pembentangan laporan aktiviti Kelab Penyayang setiap universiti kemudiannya diikuti pula aktiviti sesi suai kenal dan sukaneka
  • Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada Kelab Penyayang UKM kepada Kelab Penyayang UPM atas jemputan dan Kelab Penyayang UTeM atas layanan yang baik dan mesra


















Sehari Untukmu- Melawat Rumah Sri kenangan
Tarikh: 2 Oktober 2010
Tempat : Rumah Sri Kenangan Cheng, Melaka

Lawatan dilakukan setelah selesai program di UTeM
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Rumah Sri Kenangan.
Turut diterangkan ialah fungsi dan kemudahan yang disediakan serta sedikit latar belakang dan sejarah penghuni di situ.
Ahli rombongan diberi peluang beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut.
Kelab turut menyumbangkan sedikit barang-barang dapur untuk rumah tersebut.









:: Farahin ::

No comments: