Dua penuntut ahli Kelab Penyayang UKM melayan mesra dan menyampaikan hamper kepada OKU di PPKTA dalam kunjungan mereka ke tempat berkenaan,
OLEH AZROL BIDIN
BANGI, Ahad11 Mei : Bagi memastikan sikap prihatin dan penyayang kekal dalam sanubari pelajar, Kelab Penyayang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, turun padang meraikan kanak-kanak terencat akal di Terengganu, kelmarin.
Kumpulan 62 penuntut pelbagai jurusan itu sanggup mengorbankan cuti penggal mereka semata-mata berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan pertolongan khususnya kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Mereka menghabiskan masa lebih sejam, bermesra dan meraikan Kanak-Kanak OKU di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Kuala Terengganu (PPKTA).
Pengerusi Kelab Penyayang UKM, Hisyamuddin Che Ali, 22, berkata, tujuan utama aktiviti itu dilaksanakan adalah untuk memupuk sikap prihatin dan penyayang di kalangan pelajar kepada OKU. Katanya lagi, melalui aktiviti yang dijalankan itu secara tidak langsung akan memberi pendedahan yang luas kepada ahli-ahli kelab mengenai pengurusan di sesebuah rumah kebajikan. "Sebelum ini program berbentuk kebajikan adalah rutin bulanan yang dianjurkan oleh kelab, malah Rumah Anak Yatim Kami di Kajang merupakan rumah angkat kepada Kelab Penyanyang UKM. "Sebagai pelajar, itulah langkah pertama yang dapat kami ambil untuk menjadi mahasiswa dan siswazah yang bertanggungjawab terhadap masyarakat,"katanya ketika ditemui di PPKTA, semalam. Sementara itu, Pengerusi PPKTA, B. Suresh Kumar, berkata, kunjungan pelajar ke PPKTA adalah satu trapi yang terbaik kepada kanak-kanak terencat akal di situ kerana melalui layanan mesra pelajar berkenaan akan mewujudkan komunikasi diantara pelajar dan kanak-kanak berkenaan. "Lawatan dan kunjungan penuntut UKM ini adalah langkah yang terbaik untuk membantu kanak-kanak di sini berkomunikasi seterusnya membantu mereka berdikari. "Pihak PPKTA sentiasa menggalakkan penuntut Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) berkunjung ke sini bagi meraikan kanak-kanak itu supaya mereka tidak berasa terasing,"katanya. Katanya, sehingga hari ini seramai 30 kanak-kanak terencat akal ditenpatkan di situ dan kemungkinan akan bertambah lagi dari masa ke seamasa. Posted by Webmaster on Monday 12 May 2008 - 09:13:20 | Read/Post Comment: 0 | {PDF=create pdf of this news item^news.405} |
No comments:
Post a Comment